Wednesday, May 28, 2008

Delayed Mother's Day Post

As usual, every day in my household is Father's Day, because Papa will always get the attention from Mama - massage, hot nescafe, belek kelemumur and stuff. The only thing different on Mother's Day are the wishes I received from my kids...and there were priceless!

This card is from Aina. She loves drawing and artsy crafty.
Amir picked a flower outside the house. In fact, he loves picking this flower every now and then and gave it to me whenever I come back from work, and that's when he's like an angel. I forgot for a moment about his tantrums and mischiefs.
Adam gave me I big I love u hug, which no picture can describe.


And for my mom, I bought her this electric thermos to replace the old one. I've promised her before, so it's a good time to send her this gift. Of course the kids claimed the gift is from them!

And Papa? Where's the little wish for me?

Friday, May 23, 2008

Aqiqah buat Aisha

Sudah lama mama ingin bercerita tentang hal ini, tetapi masa selalu tidak mengizinkan. Hari ini Mama berasa ingin berbicara dalam bahasa ibunda kerana tiba-tiba saja ingatan melayang kepada guru Bahasa Melayu Mama ketika di sekolah perempuan di Seremban dulu.

Seperti biasa, buat anak-anak Mama & Papa, kami akan mengadakan ibadat Aqiqah ini seboleh-bolehnya sebaik sahaja habis waktu pantang. Selalunya aqiqah dilakukan sekali dengan tradisi berendoi (bukan sunnah). Kali ini, majlis dibuat pada hari ke 58 umur Aisha, juga bersamaan 20 April - hari lahir abang Muaz ke 11, yang keesokannya pula hari lahir abang Adam yang ke 10, yang diraikan bersama dengan hari ulangtahun perkahwinan Atuk & Wan yang ke 40, dan juga ulangtahun perkahwinan Mak & Uncle Jek yang ke …berapa ye, 7?

Sebagai imbasan, berikut adalah pengertian Aqiqah sebelum Mama bercerita lebih panjang. Mama petik huraian ini dari sini.

AQIQAH UNTUK ANAK

Aqiqah, pengertian dari segi bahasa ialah rambut di kepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud:


"Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis di atas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.

HUKUM AQIQAH

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).


Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Jadi, sebagai amalan biasa di kampong, maka kami korbankan seekor biri-biri buat Aisha kali ini. Dulu ketika abang Adam, kami korbankan 2 ekor kambing, seekor buat kak Aina manakala buat abang Amir, 2/7 bahagian lembu ketika berkongsi majlis aqiqah cucu-cucu Wan Andak.

Biri-biri disembelih petang sebelum majlis berendoi. Wan beriya-iya hendak memasak rendang, jadi Mama & Papa ikutkan sahaja. Disebabkan Wan& Atuk sudah lama tidak berkenduri, maka Mama & Papa turut sahaja rancangan mereka, terutama Wan. Rendang dimasak petang itu juga, dan pada waktu malam, jiran-jiran Wan datang ke rumah menolong menyediakan rencah-rencah untuk memasak pada pada keesokan harinya. Mama dan adik-beradik ipar-duai Mama juga sibuk di dapur.

Suasana gotong-royong masih diamalkan di kampong kita, ini suatu amalan yang patut dikekalkan oleh generasi baru. Namun, disebabkan arus hidup yang membuatkan anak-anak Wan berpindah dan berumah-tangga di kota, kami jarang-jarang dapat melaksanakan amalan ini. Kadang-kala Wan ada meluahkan kerisauannya tentang apabila Wan dan kawan-kawannya meningkat usia nanti, siapakah pula yang akan meneruskan tradisi ini.


Berbalik kepada majlis Aisha ini, kali ini Mama teringin membuat buai yang comel buat Aisha, jadi Mama sediakan buai yang dipinjamkan Ateh dengan warna ungu dan merah jambu. Buainya agak ringkas kerana Mama kekurangan kain untuk digunakan.

Pagi esok harinya, kumpulan Marhaban kenalan/saudara-mara Wan pun tiba untuk upacara berendoi. Mama pakaikan Aisha gaun warna putih dan merah jambu, dibungai warna ungu. Anggun sekali anak Mama pertama kali naik buaian. Aisha terus lena dibelai alunan suara nenek-nenek dengan lagu-lagu yang mendayu.



Suatu perkara ketika majlis berendoi ini yang selalu mengusik jiwa Mama ialah sebuah lagu atau nazam yang menceritakan tentang betapa perit ibu mengandung dan anak patut sentiasa menghormati ibunya. Setiap kali lagu ini dialunkan, Mama mesti akan menitiskan air mata. Suatu hari nanti, Mama akan letakkan lirik lagu itu di sini insya’Allah. Tetapi seingat mama, antara lirik awalnya ialah:

Ayuhai anak di dalam buaian

Pejamkan mata jangan tangiskan

Lagu Berendoi kami dendangkan

Di dalam majlis tanda kesyukuran

Lamalah sudah kami menanti

Namun engkau tak kunjung tiba

Dengan takdir ilahi rabbi

Kini engkau sudah menjelma

Selepas berendoi, upacara cukur jambul pula dilakukan, dimulai dengan Wan yang memotong sedikit rambut Aisha (yang tidak banyak itu), kemudian oleh Papa dan kaum-kaum ibu dan nenek yang hadir di situ, diringi dengan selawat keatas Nabi junjungan. Namun Aisha tidak sempat dicukurkan hari itu kerana masa tidak mengizinkan (Aisha akhirnya dicukur oleh Mama & Papa sendiri di Shah Alam pada 1 Mei :-)).

Selesai upacara berendoi dan cukur jambul, Abang Muaz & Abang Adam diraikan pula dengan acara memotong kek. Kanak-kanak yang hadir dihadiahkan sedikit ole-ole yang terdiri dari pensil, mainan kecil dan makanan ringan. Hanya selepas acara itu, barulah tetamu semua diraikan dengan hidangan makanan tengahari berlaukkan rendang biri-biri serta gulai masam ikan sungai dan sebagainya.

Alhamdulillah, semua anak-anak Mama telah diaqiqahkan. Tidak perlu bimbang lagi di kemudian hari…

Thursday, May 22, 2008

Calibre?


Mama was attending WCIT 2008 at KLCC Convention Centre for the past two days. Mak ooii, penat kaki duk jalan ke sana ke mari, attending B2B sessions with prospects from Middle East, Europe and India and also attending the plenary talks. I missed the first two days of the congress, so didn't manage to catchup the sessions with PM & Bill Gates.

Yesterday, the closing was done by the DPM. So alang-alang tu I sat in lah for his speech. Cheee..mula-mula tu macam gempak la title, lagi pun I never attended any function yang pernah ada DPM. I'm quite impressed with his English and accent. Tapi lama-lama duk dengar, nothing new in the subject that he was talking about. Everybody knows that ICT helps expedite businesses. So? I was looking for something with more ummph in his speech, baru ada calibre sikitkan? But then it was dry. This is a world congress, so I think who ever prepared the speech have to consider the kind of audience there. Ini macam, malu lah, pemimpin negara punya speech sangat la boring....

p/s: Mama kena interview dengan RTM, tapi tak tau untuk rancangan apa (lupa nak tanya pasal tekedu kejap depa stop Mama when I was rushing for a meeting). Interview was in English though.

Monday, May 19, 2008

Al Fatihah

14th May 2008 was the day I lost one of my friends that I grew up with in school. There were 138 of us, and now our numbers are reduced with the passing of Maria Razak.

I was in a middle of a client meeting when my mobile beeped a text message. I couldn't believe my eyes when the message mentioned of her passing. How could my friend, in her prime age, with 3 kids be gone? But then it got me thinking, Allah could just take away anyone, be it a baby, a teenager, a mother, or even a grandmother. I just lost an uncle just a week prior to this, so another loss is unbearable to this poor and weak soul.

I was trying very much to remain compose in the meeting, but my mind is elsewhere, trying to figure out what was the reason Maria left us so early. I thought it was only a few months ago that we were at the bowling tournament. Then I realized that was before I found out that I was pregnant, so it must have been a year that I last saw arwah.

Later I found out from friends who attended the funeral that arwah Maria had some blood clot in her ateries. That is the silent killer that must have been the cause for Papa's friend who also collapsed and passed away while giving a presentation to his Arab clients in Dubai last year. We have lost a few friends unexpectedly, and I guess the rushing and stressful lifestyle has been the main reason for such early deaths.

When I relayed the news to Papa that night, his reaction was "that was why I'm trying to clear every mortgage and debt I have as fast as possible so that if anything happened to me, you are not burdened..." Oh I just can't hear him talking that way, my tears start streaming down my face... I can't imagine losing my life partner, the father of my children so soon, just when you're about to nuture and shape your young family. My heart goes out to Hazmi and arwah's kids. It's a tormenting loss.

Al Fatihah to my dear Maria, whom in my thoughts I saw a petite young woman running the fields of our TKC ground, holding her hockey stick in the green uniform. I heard her husky voice cheering her other team mates. I also saw her marching in her blue-grey cadet uniform by the side of our main hall. I still remember her complaining not having enough practice when we bowled at the TKC "La-Tua-de-Alley" tournament when all she did was strike most of the time. From now on, there won't be any new image of her, and I have to savor all these memories intact in my mind.

Semoga rohmu dilimpahi rahmat Allah sentiasa...



More thoughts by Ms Hart and Dill.

Tuesday, May 13, 2008

Holiday in the Land of the Pharoahs - Part 1


I'm already at work now, infact I was already doing work 3 weeks before my maternity leave ends. Which explains how hectic my life once I reported back to work. But the best part was having a free holiday in Egypt during the last week of my leave - I earned an incentive trip via selling hardware for a business partner through oe of my deals last year.

So there were 16 of us, all from various companies, but we clicked along well. We spent 3 days in Cairo & Alexandria and 2 days flying. The trip was loooooooooooooooooong - 12 hours with a one-hour stop in Mumbai.

Actually, upon boarding the plane (we took Egypt Air as that's the only carrier with a short stopover) dah start culture shock of the Egyptians. Semua stewards dah nak botak and boncit, and the stewardesses masam mencuka and rough. Tolak food trolley langgar segala mende kat tepi. Memang tak ada hospitality langsung. Mama naik flight tu tengah malam, so naik-naik aje terus membuta la. Tapi after a few hours of sleep, we were woken up for breakfast. So like stone aje.

One more challenging part is to express myself. I am still lactating, so by the time sampai Mumbai dah memang kena express. Tapi tunggu the crew kemas the planes, baru masuk toilet. Mama dah tak boleh tahan dah...so kena masuk jugak. Baru nak start pumping, kena ketuk. The stewardess wanted to refill the tissues. I said go and do it at other toilet lah, she said "I need to do my job now, please go to other toilet". Mama mulalah start upset, tak respect langsung kat passenger. Memang patutla Malaysia Airlines dapat Best Airline of the year. I think the airline crews kat US better than them.

Then bila sampai Cairo airport, it's time to express again. So off I went to look for the ladies while waiting for the lugagge. Happy tengok ada ladies, tapi tengok-tengok ada sebijik aje toiletnya. Can you imagine the long line, with the people just boarded off the plane, of course semua orang nak cari decent toilet. Ada ke sebijik aje depa buat kat situ? Then one of the ground staff kata outside ada toilet lagi... Hello!