Thursday, April 16, 2009

Cherita Bergambar


Al-kisah tika purnama mengambang akhir minggu lepas, anakanda putri kami, Aina, telah dianugerahkan pingat ASHR dari tempat menuntut ilmu chara bangsa Nippon yang digelar Kumon. Pingat ASHR itu dalam bahasa Inggerisnya digelar "Advance Student Honour Roll" yang jika diterjemahkan sechara terus maknanya mungkin bermaksud "Daftar Nama Anugerah Penuntut Maju".

Majlisnya dibuat sechara sederhana sahaja, di tempat makanan ayam goreng segera dari Amerika yang kalau boleh ingin kami boikot tetapi pabila memikirkan anakanda kami nampak sungguh gumbira medapat jemputan anugerah tersebut, maka kami niatkan sahaja untuk hadhir memberi sokongan kepada anakanda Aina.


Kedua-dua puteri sungguh gumbira ketika bersiap sedia untuk pergi ke majlis.


Kekanda Adam yang sedikit berduka chita kerna tidak berjaya mendapat anugerah.


Anakanda Amir dan Aina yang seronok mendapat bingkisan parti.


Menikmati juadah yang tidak seberapa.




Aisha yang tidak menghiraukan riuh rendah majlis bermain sendirian.


Berdebar-debar hati menunggu namanya disebut untuk tampil mengambil pingat.


Saat manis dan membanggakan.


Bersama teman-teman seperjuangan.

2 comments:

Anonymous said...

Waaaahhhhh!!!!! tahniah kpd putri aina yg sememangnya rajin dan sentiasa chemerlang..kekandanya adam itu pasti mau mengalir saja air matanya kan..putri aisha cukup chantik dgn persalinannya itu..
ni yg bonda atam makin rindu-rinduan nih

Anonymous said...

Nenda mengenang kembali nostalgia lamanya ketika bondanya Aina bersungguh mahu ke sekolah ketika usianya belom menchecah 7 tahun, dengan ketinggian nya yang tinggi sedikit dari pokok kemuncup di padang sekolah itu, sanggup diredah nya...berkorban apa saja..kakakkaka