Hari Selasa kan dah rasa macam seram-seram sejuk. Malam tu memang rasa demam, telan le 2 biji panadol. Lepas tu pukul 4 pagi dah tak leh tido, pinggang sakit, berpusing-pusing seram sejuk tergigil-gigil. Last-last turun bawah, buat milo campur oat satu mug, minum habis dengan 2 biji panadol lagi. Pukul 6.30 pagi dah berpeluh-peluh, so kejut abang pi school, siapkan dia, then mintak Papa hantarkan.
Pukul 8 pagi Rabu contemplate nak pi kerja ke tidak. Sms boss kata tak larat, dan tak kan join dia meeting dengan client kat Jalan Duta. Dia kata take care ..he he. Sat lagi pukul 9 pagi Amir datang, "Mama, bangun, dah siang la Mama, Amir nak susu".
"Amir pi cakap kat kakak Leha la, Mama tak larat"
Lepas tu dengar dia jerit kuat-kuat tepi tangga "Kakaaaaaaak Leeehhaaaaaaaaaaa! Amir nak susu botol besaaaaaaaaaaaaaaaaaar!"
Tak lama lepas tu dengar sok-sek sok-sek, Amir panjat katil masuk selimut Mama dengan botol susu besar dia. Last-last kita berdua pun out sampai pukul 11:30 pagi. Perut Mama dah berkeroncong, nasib baik Leha sudah masak nasi. Tibai aje nasi tu sebab dah tak larat nak tahan ketar badan, nak makan ubat.
Call Papa, dia kata dia ada lunch appointment. Kalau nak pi hospital, kena tunggu petang. Berguling-guling le Mama kat atas katil menahan sakit belakang. Malam tadi sakit belah kiri, masa tu sakit pindah belah kanan pulak. Lagi sakit la dari nak beranak. Pinggang pun rasa macam nak tercabut aje. Masa tu Mama rasa dah 100 kali keluar masuk toilet shi-shi sikit-sikit. Abang & Aina pun dah balik sekolah, masing-masing tolong gosok belakang Mama tengok keadaan Mama macam tu.
Then Papa sms kata dia nak ambil Mama pukul 2:25 petang. Bila Papa kata dia nak mai sat lagi, ingat nak mandi la. So pi la toilet kunun nak mandi. Tapi of course kena shi-shi dulu. Bila shi-shi tu tiba-tiba rasa lain macam je...dengar "ting" macam ada mende jatuh kat dalam bowl. Lepas basuh tu, perhatile betul-betul dalam bowl tu..macam ada biji lada hitam. Nak ambik ke tak? Aahh, bukan tak leh sterelize tangan tu kang..so ambik le biji tu. Cepat-cepat cuci tangan ngan dettol. Macam batu-karang aje...warna brown, ada shiny-shiny spike sikit-sikit.
Dan-dan tu sakit belakang hilang. Batu karang dah keluar le rupanya. Terus call Papa kata tak yah hantar hospital la. Nanti petang pi jumpa doktor dekat rumah ambil MC aje.
So petang tu pi jumpa Dr Ikhwan tu, dia kata nasib baik batu dah keluar. Dia bagi antibiotic and pain-killer la, sebab bladder mesti infected punya. Dapat MC dua hari, tapi Khamis dah belambak meeting lined up. Nak buat camne?
Lepas pi jumpa doktor, kita pi makan kek Secret Recipe (Saykepi kata Amir)...tapi malam tu start demam balik....sampai la ni masih demam on off.
Ingat nak balik awal petang ni, tapi my colleague baru call minta tolong buat proposal, esok due!
Ada ke suka buat last minute! Arrrggggghh!!!
1 comment:
To live is to struggle. Mama kuat!!
Post a Comment