24 September 2006
Sembilan bulan bermacam dugaan
Demam campak sungguh menduga
Kering air di dalam badan
Pinggang seperti dikerat tiga
Kandungan dibelit tali pusat
Sekali lagi Mama di’caesar’
Amir Ridhwan sangatlah bulat
Isra’ & Mikraj lahir lah dia
Dibelai ditatap saudara berdua
Adik baru umpama bintang
Tiga hari ke hospital semula
Demam panas mula mengundang
Sungguh resah rasa di hati
Buah hati tak dapat dibelai
Tinggal dia seorang diri
Demam kuning pula mengintai
Seminggu berjauhan tidak terduga
Rindu kami terus membara
Berkat doa seisi keluarga
Amir pulang semua bahagia
Tangkas berlari seperti kedidi
Burung tempua burung cecupak
Amir cergas tidak terperi
Belum setahun sudah menapak
Murai lalu di buluh tajam
Pohon jambu jadi penahan
Balik kampung duduk tak diam
Anak ayam lari bertempiaran
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan Amir makan
Ayam sahaja nasi tak mahu
Riuh pekik tiga beradik
Rumah bagai tongkang pecah
Main bersama terpekik-pekik
Mulut becok Amir tak sudah
Tiga tahun sudah berlalu
Tetap menagih belai manja
Kerja Mama bertalu-talu
Tumpuan kasih sentiasa dipinta
Usia Amir masih dipangkal
Doa Mama setulus hati
Moga anakku sentiasa beramal
Buat bekalan kemudian hari
3 comments:
wahhh..terror lah mama nie. Buat buku pantun lah..
seperti sukar dipercayai..mama berseloka.. tu baru amir nye tu..kalau abg mesti lagi panjang
Mama got a lot of hidden talents..don't prey prey..
Post a Comment